Infak,bunyinya mudah, tapi..sudah tertunaikah ia?
1st day puasa - Spaghetti, cucur manis, keropok ikan
2nd day puasa - Spaghetti lagi, buah melaka, keropok ikan
3rd day puasa - Nasi berlauk ayam, kueh akok, agar2 pandan, keropok ikan
SubhanAllah walhamdulillah..ini merupakan antara list makanan sepanjang bulan puasa yang saya dan rakan-rakan di Osna sudah menjamu selama tiga hari ini..Bunyinya mungkin simple sahaja juadahnya, tapi bagi saya ia merupakan bahan pengubat rindu buat makanan-makanan yang sangat-sangat dirindui di Malaysia..
Bercakap mengenai makanan..sering dan sentiasa sahaja ianya akan men'trigger'kan otak si heavy thinker ini mengenai orang-orang yang tak mampu memiliki juadah seperti ini..Pernah saya tanyakan pada seorang saudara ini berkenaan apa juadah yang dijamu oleh saudara-saudara kita di GAZA..katanya.."mungkin minum sup kosong aje kot"..Pap..seakan-akan 'tertampar' muka sendiri buat seketika..sup kosong di bulan Ramadhan?..ya Allah..sampai begitu sekali?..kesekian kalinya saya menelan air liur..Itu baru di ceritakan mengenai GAZA, bagaimananya yang lain-lainnya?
Usah pergi jauh..di negara kita Malaysia juga ada yang seperti itu nasibnya walaupun kita bukannya negara yang sedang berperang atau miskin..kita aman damai tidak seperti di GAZA..tapi..kenapa masalah itu juga yang timbul?
INFAK(SEDEKAH HARTA) : ANTARA JALAN PENYELESAIAN
Infak. Antara perkara yang pada hematkan diri ini Allah sudah sediakan pada kita untuk kita gunakan membantu saudara kita yang sedang didalam kemelut kemiskinan. Tunggu kita nak guna dan buat aje..Tapi sayang seribu kali sayang..ada sesetengah daripada kita punya pendapatan yang besar, gaji yang lumayan...tapi secara realitinya..JARANG untuk kita manfaatkan perkara itu sebaik-baiknya..Ya, saya setuju jika ada yang mengatakan bahawa Rasulullah pernah menyuruh kita unutk mengutamakan keluarga terlebih sebelum kita menginfakkan apa-apa harta...Tapi, saya ingin tanya kembali..adakah dengan mengeluarkan 10 atau 50 ringgit dari duit poket sebulan itu akan membuatkan keluarga kalian kebulur? Jika ya, simpanlah duit itu untuk kegunaan keluarga..Jika tidak..apa salahnya jika kita infakkan..sebab setiap satu sen dari hasil infak itu..sangat2 bermanfaat untuk kita di hari kemudian..tak mampu 50 ringgit sekalipun, cukuplah 1 ringgit untuk kita infakkan..sebab pada pandangan Allah, bukan 'amount' yang kita berikan, tapi cukup sekadar ianya sebagai usaha untuk kita dekat padaNYA dan jalan untuk kita meraih cinta dan redhaNYA..Tambah-tambah lagi, jika ianya dilakukan di bulan puasa..Nah! beribu kali ganda rasanya pahala itu di ganda gandakan, insyaAllah..
Saudara-saudaraku..
Infak adalah suatu perkara yang bukan mudah..ya kita sedia maklum tentang perkara ini....terutamanya bagi yang kurang berpendapatan lumayan, amat sukar perkara ini untuk kita hadamkan di dalam diri..sehingga ada yang pernah mengatakan ," Ala..aku bukannya kaya sangat, bagilah orang yang kaya dulu infakkan harta,nnt aku dah kaya, aku infakkanlah pulak" atau "alah..diorang tuh takdek kaitan ngan aku pon..lagi pon..ramai kot orang miskin kat dunia nih...kalo takat bagi 10 ringgit setiap bulan..aku tak rasa boleh tolong semuanya kot." Alahai saudara-saudaraku..bila berbicara sesuatu berkenaan wang ringgit..inilah hasilnya..secara tiba-tiba kita akan jadi sangat-sangat 'self-centered' dan seakan-akan mementingkan diri..Infak bukanlah penyebab kita akan menjadi miskin atau melarat..Tapi sebenarnya ia mampu membantu untuk kita lebih mengkayakan diri di dunia ini..Contohnya pon sudah ada..Kita lihat sahaja pada sejarah hidup Abdul Rahman bin Auf r.a, saudagar kaya yang merangkap sahabat Rasulullah yang sentiasa berusaha untuk menginfakkan harta di jalanNya..Adakah dia jatuh miskin?Adakah hidupnya melarat?Jawapannya tantulah tidak.Begitu juga Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a yang menginfakkan kesemua hartaNya di jalan Allah? Dan lihat hidupnya..perghh..mmg bahagia..
Jadi..ingin saya tanyakan adakah kalian terlupa yang rezki itu datang dari Allah? Kalian terlupa ya yang Allah mampu menarik dan memberi itu semua..dari yang kaya menjadi teramat miskin...dari yang miskin menjadi teramat kaya..SubhanAllah selagi mana ada kudrat..ada harta..
sebelum kemiskinan yang sebenar itu datang menimpa kita...apa salahnya kita hadirkan dalam jiwa untuk membantu saudara kita yang lain, walaupun pada dasarnya kita rasa bantuan kita hanyalah nilai se'infiniti' cuma..Sebab mana tahu,mungkin selepas ini datang giliran kita..terkontang kanting pula kita menunggu bantuan orang untuk menginfakkan harta bagi menolong diri kita..
Itu halnya pada yang bergelar orang bekerjaya,namun tidak dilupa pada yang bergelar pelajar , senarionya tetap sama sehingga ada pelajar yang di 'sponsor' mengatakan,"ini duit sponsorlah..duit rakyat,mana bole guna nak senang-senang infak" Amboi...cantik sungguh bicara jika bab infak di ketengahkan..tapi jika bab 'shopping' atau nak membeli 'video games' laju sahaja menggangukkan kepala dan memberi tanda persetujuan untuk mengeluarkan sedikit harta bagi membeli perkara yang menjanjikan kesenangan dan kepuasan hati yang sementara...Tapi saudara-saudaraku, pernah tak kalian terfikir,yang duit rakyat itu kalau kita infakkan dengan niat untuk kita tolong infakkan sekali bagi pihak semua rakyat yang dah berjasa itu, kan lebih baik? Sambil-sambil tolong diri sendiri, bukankah kita seakan-akan menolong orang lain juga,kan? Daripada kita bazirkan duit untuk beli atau shopping benda-benda yang kurang faedahnya....mungkin adalah lebih baik jika kita infakkan.Tapi bukanlah sebenarnya niat saya disini untuk menghalang kalian daripada bershopping, tapi pada pandangan saya biarlah ianya berpada-pada dan jikalau bole biarlah ianya mempunyai manfaatnya yang tersendiri, agar kita nanti tidak menyesal dikemudian hari..Duit habis begitu sahaja..manfaatnya pula..entah kemana..
INFAK,BUKAN HABUK NILAINYA
Realitinya kalau kita fikirkan kembali,dengan menginfakkan harta..kita bukanlah menolong saudara kita sebenarnya, tapi lebih kepada kita menolong diri kita sendiri. Tak percaya? Lihat ayat (2:261) yang tertera dalam gambar di atas..Infak kita akan dilipat kali gandakan pahalanya, dan itu adalah untuk siapa kalau tak lain tak bukan untuk diri kita ? Usaha kita,infak kita itu yang kita mahu Allah nampak, Allah nilai,Allah redha..usaha kita itu mungkin se'ciput' sahaja, tapi percayalah..Allah takkan sia-siakan hambaNya yang berusaha..Allah takkan sia-sia kan nilai infak kita itu walaupun hanya sekadar RM 1 mahupun RM 2 sahaja..
Saudara-saudaraku,
Mari kita guna harta yang kita ada dengan memanfaatkannya sebaik baiknya. Mungkin manfaatnya di dalam ukhwah, mungkin juga manfaatnya pada tujuan dakwah..Namun yang penting..kita usahakan agar harta yang kita ada itu boleh menjadi penyokong untuk kita berjawab dengan Allah tentang amalan kita didunia ,di dalam sesi soal jawab di akhirat sana..Bukannya tujuan diri ini unutk menakutkan kalian, tapi sekadar peringatan untuk diri ini dan juga kalian, agar kita sentiasa beringat, dunia itu tidak lama..biar habes harta di dunia..asalkan kita gunakannya unutk mengejar syurga yang abadi..InsyaAllah
Allahualam
Kommentare
Kommentar veröffentlichen