Kebatilan vs Kebaikan bukan satu Equilibirium

Selepas mendengar pengisian daripada Mufti menk beberapa hari lepas, saya seakan akan mendapat sinar dalam pencarian mencari-cari jalan untuk membuang keseluruhan jahiliyyah yang berbaki dalam jiwa.

Mungkin pada sesetengah pandangan mata, ianya bukanlah satu jahiliyyah yang besar. Namun pada diri yang masih lemah ini, ada keperluan untuk mensucikannya. Sebabnya tiada Equilibirium antara kebaikkan dan kebatilan. Tiada juga dua perkara dalam satu rongga hati. Yang batil tetap batil, yang baik akan tetap baik. Jika terpalit kebatilan, ianya bukan lagi kebaikkan sempurna, tapi mungkin kebaikkan yang cacat sifatnya.

Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit.Jika ditampukkan2 kan habuk sekalipun, walaupun sebesar zarah saiz habuk itu, kalau dikumpulkan, akan nampak juga kekotorannya pada lantai.

Ketidakselesaan dengan sekecil kecil jahiliyyah membuatkan saya dan mungkin ramai lagi semakin semangat mencari-cari jalan mensucikannya.

Namun kadang kegelinciran itu dan kekecewaan tatkala mujahadah kita tergendala, ketika jahiliyyah itu datang bertampuk tampuk secara banyak , sehingga lelah kita menghalang hentakkannya.

Namun subhanaAllah beberapa hari lepas, seakan- akan dapat kembali pencerahan.
Mufti menk megupaskan dalam ceramahnya bahawa, apa yang paling mujarab menyembuhkan kebatilan adalah kebaikkan itu sendiri. Tiada cara lain. Jika satu kali kita membuat kesalahan atau terjatuh dalam kebatilan, maka kita perlukan untuk membuat kebaikkan 2 , 3 malah 5 kali ganda kebaikkan.

Apa sahaja bentuk kebaikkan yang mampu kita fikirkan dari sekecil kecil kebaikkan sehingga sebesar2nya.

Sebab kebaikkan itu mensucikan.

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 

Ash-shams : 8-10

Kekotoran hanya mampu dibersihkan dengan sebaik2 pencucinya.
Fikirlah apa pun bentuk kebaikkan, maka mujahadahlah dalam melakukannya.

Sambil2 kita landasi dengan taubat dan niat yang betul kerana Allah Ta'ala.

Kebaikkan akan mengekang hawa nafsu kita seketat - ketatnya. Kata Ulama terkemuka sayyid Qutub Rahimullah berkenaan dengan hawa nafsu adalah kita mesti mengekangnya jika tidak, kesannya adalah ianya akan ada total kawalan pada diri, jiwa malah tubuh kita.

Maka mari berangkat kita menuju kebaikkan!

Tak perlu berlama dalam kekecewaan ketika kita terjatuh dalam lubuk kesalahan, malah bangkitlah.

Bukan senang mendaki semula, tapi pendakian itu jika dilakukan penuh dengan himmah dan mujahadah, kita mungkin akan melakukan pendakian yang lebih hebat dari sebelumnya.

-Coffee Break @ 11:15-

Kommentare