Bersyukurlah!

  1. Segalanya di dunia ini tidak ada yang abadi, baik itu penderitaan maupun kebahagiaan, semuanya berputar bersama roda kehidupan. Hanya saja tinggal bagaimana kita melihat suatu kebahagiaan, ketika kita selalu bersyukur, maka hidup akan selalu bahagia
Seusai sembang2 dengan seorang rakan baik berkenaan rasa syukur , membuatkan saya teringat sepotong ayat yang sy baca siang tadi :
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengumumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’” (QS. Ibrahim: 7)

Kadang -kadang, nikmat yang ada di depan mata itu jika kita tak syukuri, akan mudah utk kita alpa dengan kebaikkannya dan tidak akan sedar bahawa ia adalah rezki daripada Allah swt.

Contohnya, jika kita nampak kejayaan orang lain adalah rezki yang Allah berikan tidak pada kita, malah sehingga ke extent kita merasa cemburu ,"hai..kenapalah aku tidak diberikan kenikmatan seperti mereka"..takut2 kita ni tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur pada penciptaNya
Sedangkan rezki yang Allah berikan pada kita masing -masing berbeza rupanya.

Nikmat kesihatan, nikmat keluarga, nikmat masa, nikmat makanan, etc2 merupakan suatu yang kita tak boleh pandang enteng walaupun ianya berbeza beza utk setiap manusia. Malahan, kalau kita tambahkan dan serikan rasa syukur, kebahagiaan tu akan tetap kita rasa macam mana sekalipun keadaan rezki kita.

Akan tetapi kalau kita tidak bersyukur, kita akan sentiasa menjeruk rasa dengan rezki yang bukannnya milik kita. Utk apa? Hanya merugikan masa dan tenaga sahaja sebenarnya.

Walhal..setiap manusia..ada sahaja kelebihannya , ada sahaja lapangannya yang Allah dah tentukan sesuai dengan kapasiti kita. Usahakan yang terbaik untuk realitimu dan usahakan sebaiknya untuk dapat redha Allah yang pastinya.

Moga Allah ganjari kita kekuatan untuk menggunakan kapasiti kita sesuai dengan realiti dan berpijak dibumi yang nyata.

Moga Allah mudahkan segala urusan kita dikemudian hari.



Kommentare