Aku, Cinta dan Dia..bagaimana akhirnya?


SubhanAllah..SubhanAllah...
Tersenyum-senyum aku seorang diri melihat telatah pasangan bahagia yang baru berkahwin dalam video kat atas nih. Indah aje nampaknye kan..sejuk mata memandang bila tengok aksi halal dari kedua duanya..InsyaAllah dan di harapkan sangat2 moga-moga mereka itu berkahwin atas dasar mencari keredhaan Allah..

Waaahh...bercinta..berkahwin kerana Allah...bunyinya mudah...tapi 'action'nya tak semudah bagai dikata..memandangkan diri ini pun belum berkahwin adalah agak berat sebelah jika perkara yang akan diutarakan dengan pendapat sendiri, jadi saya mengambil keputusan untuk menanyakan kepada beberapa orang perihal perkahwinan..Mendengarnya aja meremang bulu roma..'banyak jugak cabaran ye dalam berumah tangga', bisik hati kecik nih...mampu ke aku kalau dah tiba masanya nanti?

Tapi apapun halnya ataupun betapa susahnya menempuh sesuatu cabaran..kita sentiasa ingatkan diri...tak kira macam mana sekalipun perjalanan dalam hidup ini..pasti ada susahnya..pasti ada senangnya.. Jadi sebab itu..sebelum berbuat sesuatu kena betulkan niat...niat yang betul..iaitu berniat melakukan sesuatu kerana Allah...akan memberikan kta satu sumber tenaga luar biasa pada diri kita ,yang mana kita akan terkejut tatkala mengetahuinya..semuanya pasti akan membuatkan kita bersemangat untuk melakukannya. Kerana percayalah..antara diri kita dan cinta, sentiasalah letakkan DIA diantaranya...Kerna hanya Dia yang Maha Kuasa yang mampu menolong kita menongkah arus pelbagai jenis cinta di dunia yag fana ini..

Allahualam


Kommentare