Refleksi 10 wasiat seorang mujadid Part 1
Seusai membaca semula wasiat seorang mujadid terkenal iaitu Imam Hasan Al Banna..
Ada sesuatu yang buatkan saya terhenyak ke belakang diatas kerusi yang saya duduki dan termenung sebentar.
Termenung bukan kerana isi wasiat yang dicoretkan, tapi termenung memikirkan apa yang Allah nak tarbiyyah saya tatkala Dia membenarkan saya meneliti kembali wasiat2 itu buat kesekian kalinya. Kalau isinya, sememangnya dah hafal pon..eh..mode perah santan plak kat situ. Cuma penghayatannya kot yang sedikit berlainan...dan kali ini lain benar..lain rasanya... rasa seakan dibuka minda dan mata..
Wasiat itu secara basicnya tak lari sebenarnya daripada message yang disampaikan oleh Rasulullah kepada para sahabat dan diperturunkan daripada para sahabat dan kepada generasi yang seterusnya. namun bila ianya dicoret dalam bentuk yang lebih praktikal dengan era kini, terutamanya ianya ditujukan khas kepada orang yang bersemangat untuk menaikkan islam ini melalui kefahaman maratib amal. Ianya sememangnya satu nasihat yang teramat baik lagi memberi kesan!
Nasihat yang pertama beliau berkisarkan tentang hubungan antara Allah dan kita yang mana kadang² kita sering terlepas pandang praktikalitinya. Setiap kali kemana² program tarbawi, kita akan sentiasa aje diperingatkan dengan perkara ini, tapi sejauh mana kita menghayatinya.
Macam mana dengan kualiti doa, bacaaan al quran , zikir, solat, qiam dan perkara² harian yang mendidik jiwa kita. Adakah ianya satu kebiasaan atau satu ynag membuahkan penghayatan setiap kali kita buat.Yep we have ups and downs...but then sejuah mana ups and downs tu lebih mendekatkan diri kita padaNya.
Terutamanya bila kita dalam arena dakwah dan tarbiah, keperluan untuk attach dengan Allah secara konsisten, bukan satu perkara yang main². Hakikatnya, semakin lama dalam tarbiah semakin lama attachment itu makin mantap walaupun kita dihujani dengan tanggungjawab dakwah yang tak kurang banyaknya..
Kalau futur yang menjadi excuse kita, maka tunduklah dan berpalinglah...sebabnya saya amat² terpukul dengan kata² seoarang murobbi hebat dari Indonesia, K.H Rahmat:
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Makna kata, jika kita mampu memastikan kita sentiasa rapat dengan Allah..inilah natijahnya, samada kita sedang dalam kefuturan atau tidak.
Sebabnya jihad yang terkuat sekali adalah tatakala kita melawan fitrah nafsu dan kehendak sendiri.
Jika kita mampu merubah kebergantungan kita, kerapatan hubungan kita dengan Allah, kerja dakwah ini akan menjadi mudah secara automatiknya dalam kepayahan yang ada.
Pengabdian diri yang total dan iman yang benar² menusuk kedalam jiwa akan memastikan semua itu. Jika kita berjaya mengubah ini dalam jiwa kita, jangan hairan dengan apa sahaja sentuhan kita mampu merubah manusia dengan sepenuh izin dariNya.
Akan tetapi jangan juga terkejut jika banyak perkara fizikal yang telah kita curahkan, namun ianya takkan memberikan kesan sedikit pun kerana kita kekurangan dalam perkara yang pertama ini. iaitu hubungan peribadi yang kuat dengan pencipta diri kita.
Jadi mari kita muhasabahkan diri...dimananya lkita meletakkan Allah yang Maha Satu itu dalam jiwa kita..dan sejauh mana kemantapan hubungan kita dengan Dia..
Allahualam...
To be continued..
Jadi mari kita muhasabahkan diri...dimananya lkita meletakkan Allah yang Maha Satu itu dalam jiwa kita..dan sejauh mana kemantapan hubungan kita dengan Dia..
Allahualam...
To be continued..
Kommentare
Kommentar veröffentlichen