Serangan dari dalam
Aduh..pedihnya..
Makin hari makan parah rasanya..
Dan aku perasan diri ini makin lemah..
Arggh..dari mana datang sakit ini..sedangkan aku sentiasa gembira..hidup dan masaku penuh terisi..
Buntu..aku buntu!!
Aduh! Pedihnya hati..rasa seperti ada lompang kosong dalam nya..
Apakah ini semua?..
Apakah yang menyerang aku dari dalam..
Seakan ia memakan diri ku ini.
Seakan ia memakan diri ku ini.
Sepanjang hari aku gelisah..kadang aku sering tertanya kemana halaku.. dunia ini sempit..fikiranku sempit..
Apa lagi aku tidak ada..semuanya yang manusia idamkan didunia ini..
Argghh aku buntu..aku keliru..
Mungkin aku perlu hebatkan rutinku..
Mungkin aku perlu hebatkan rutinku..
*******************************************
Itula dia..musuh dalam selimut..
Parasit Ghazwul Fikr (serangan pemikiran)....sangat halus dan mulus, dan menyerang secara menggigit satu demi satu aspek penting dalam hidup...seseorang yang mengclaim dirinya muslim
Ghazwul Fikr ni atau panggilan manjanya GF dikalangan warga bulatan gembira akan sentiasa cuba meletakkan kita dekat aras paling bawah..
Mana taknya , jati diri Islami hilang...
Kita hilang prinsip..
Malah berkemungkinan tak ketahuan arah hidup angkaranya GF nih..
waduh2 bahaya sekali dong..
Menariknya, ramai yang claim Deen ini adalah GF yg terbesar kerana ianya membawa tamadun yang kolot dan terkebelakang..astaghfirullah hal adzim..
Sampai begitu sekali kesaannya..
Iye lee....kalau dah terjangkit parasitnyeee...
Sampai kita rasa rendah, hilang izzah dengan agama ini, lantaran kuatnya penangan GF
Hasil pencerobohan mereka melalui prinsip 5S, sgt2 membarah.
Apa itu 5S?
Sex - Nilai dan jati kesucian perkahwinan hilang, nilai couple meningkat, pergaulan bebas jadi keutamaan, kononnya atas dasar kerja. Sedangkan prinsip urusan antara lelaki dan perempuan dalam islam, jauh bezenya. Ada akhlaqnya, ada penjagaan ikhtilatnya.
Smoke - Wang dibakar dan membakar diri kita. Walhal Allah telah syariatkan untuk kita mengambil sesuatu yang halal dan thoiyyib, bukannya merosakkkan. Keluarlah fatwa apapun, manusia nampak, keluar asap dari mulut itu satu trend yg chic lagi up-to-date...kesiaaaan
Song - pengganti al Quran, da ya, itulah tujuan asalnya GF, dan kita termakan...tsk..tsk...Al quran dirak, sekadar dilihat, lagu² lagha pula berkumandang berpanjangan
Screen - media. Tak perlu saya nytakan, anda tahu dr lubuk mana ia menyerang..melemahkan fikiran dengan drama, kpops, dan pelbagai lagi
Sport - suku hidup kau rugi tak tengok world cup..Jawapan saya, suku hidup kau rugi sebab kita membiar masa yang kau perlu hidup dengan deen kau bazirkan. Bangun malam nak tgk bola boleh...tapi bila nak qiam...zzzzzz
Kasihannya, bila ada yang menasihati, ramai yang kata , argh kau jangan datang nak mengajarkan aku tentang agama.
Bukannya aku tak tahu...kuburkan lain2.
Berdesing telinga aku dengar topik ni.
Hurm..yep, desingan telinga itu datangnya dari ketidak sukaan jahiliyyah yang dah memasuki jiwa.
Sayangnya, ramai antara kita tak sedar ttg serangan ini.
Moga Allah menetapkan hati2 ynag dah terbuka melihat kecelakaan GF nih untuk terus berusaha membawa cahaya kepada semua ummat islam yang dah dijangkiti parasitnya.
Nah, bukan kita yang mengubati, tapi Allah, namun kita akan usahakan supaya at least nasihat2 yng berguna ini terus sampai ke telinga2 ynag dah dijangkiti dan mohon agar Allah terus memberikan pertolonganNya dengan hidayah2 yang akan mensucikan hati² manusia sekelian.
Mohon Allah berikan hidayah pada hati ini dan juga pada sekelian ummat islam.
WA.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen