something i have been thinking deeply.. lately
Just lately i have been wondering upon this issue. Ikhlas.
Petikan drpada Risalah Taalim. Somehow it is not impossible to do. Tapi memerlukan mujahadah yang tinggi dalam sekecil² aspek kehidupan sehingga sebesar besar aspek kehidupan. Description di bawa cukup boleh difahami dengan jelas. Kalau nak baca extra boleh rujuk kat sini
Tanda-tanda ikhlas:
1- Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima berdasarkan batin bukannya zahir, dan jika seseorang manusia itu mempunyai kemasyhuran di pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.
2- Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan takjub dengan diri sendiri. Bahkan beliau sentiasa merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan Tuhan atau kebaikannya tidak diterima. Setengah para solihin menangis bersungguh-sungguh dalam sakitnya. Lalu sebahagian dari orang yang menziarahinya berkata: “Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir?” Beliau menjawab: “Manalah aku mengetahui adakah perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah swt berfirman: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa“. (Surah Al-Maidah: 27)
3- Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.
4- Sama sahaja di sisi beliau bekerja sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat kepada dakwahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan depan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepemimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya
5- Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika di sebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari segi tabiat, kecenderungan, berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini.
6- Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri atau manfaatnya. Beliau tidak menjadi seperti orang-orang yang mengejar manfaat yang terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya: Maksudnya: “Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya dengan serta merta mereka menjadi marah“.(Surah At-Taubah: 58).
7- Beliau tidak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.
8- Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap orang yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila beliau melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya sendiri dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.
-yang sedang bermuhasabah-
Kommentare
Kommentar veröffentlichen