Awesome Books : Sharing quotes² daripada buku Jadid Hayatak(perbaharuilah hidupmu) v.2

ok, jom kita sambung , yuk? 

Antara benda yang saya menarik di dalam buku best-seller Jadid Hayatak lagi adalah, ketika mana diceritakan berkenaan topik taubat. Menarik sebabnya Sheikh Muhammad Al Ghazali menceritakannya dalam bentuk yng sungguh simple dan penuh pengharapan. 

Membuatkan kita nampak masih ada cahaya keampunan di hadapan walau macam mana sekalipun diri kita dan sesungguhnya memotivasikan kita untuk terus mencari keampunanNya. 

Islam ini mudah dan padat. Tatkala Nabi menyampaikan apa² sahaja sekalipun kepada sahabat, sentiasa ianya datang dalam bentuk pengharapan dan kemudahan. Islam mudah, tapi bukan untuk dimudahkan. Dan diatas sebab itu, tatkala, motivasinya adalah al quran, ia akan sangat empowering, dan sangat menenangkan hati.

Jadi, ini antara isi²nya yang ada di dalam buku Jadid Hayatak ini.

Allah merasa gembira dengan taubat seorang hambaNya. Taubat yang membuat Allah gembira adalah seperti berikut :

  • Taubat sehingga manusia beroleh kemenangan melawan pelbagai sebab ketidakberdayaan dan kelemahan.
  • Taubat yang menghasilkan keberhasilan memusnahkan bakteria² kehinaan dan kemaksiatan, serta bebas daripada belenggu nafsu.
  • Taubat yang menghasilkan keteguhan manusia menapaki jalan keimanan dan kebaikkan
  • Taubat yag menghasilkan kedewasaan dan kematangan mengikut jalan petunjuk
    • 20 : 82 - Dan sesungguhnya, Aku yang amat memberi ampun kepada orang² yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut üetunjuk yang diberikan kepadanya.
  • Taubah yang menyebabkan kehidupan baru setelah jatuh terhina, peralihan yang akan mengubah bahagian² jiwa menjadi lebih baik
Taubat menuntut seseorang memperbaharui dirinya, menyusun kembali jalan kehidupannya, memulai hubungan baru dengan Tuhannya dengan amal kebaikkan dan berikrar dengan doa ini:
Ya Allah, Engkau TuhanKu. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menciptakanku dan aku hambaMu. Aku terikat oleh janji dan sumpahku kepada Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada Mu daripada keburukan yang telah ku perbuat. Aku mengakui seluruh nikmatMu kepadaku dan mengakui seluruh dosa kepadaMu. Ampunilah daku, kerana tiada apa yang mampu beri ampunan selain Engkau.

To be continued... 

Kommentare