Sayangnya jika terbazir

kredit : islamicart

Kesabaran, bukannya mudah untuk dilaksana, 
Jika sekadar yang terlafaz hanya dibibir cuma, 
Hanya sekadar pengingat di dalam kepala, 
cuma sebagai theorie yang digalas setiap masa.
Malah, akan bertambah bebannya, jika berkali² diingatkan sahaja
tapa hadir praktikalnya.

Kerana sabar itu ada tiga ruangnya, 
dalam bermujahadah meningkatkan ketaatan kepadaNya, 
ketika mengekang diri dari kemaksiatan yang berganda, 
Ketika pula musibah menjengah tak kira masa. 

Ruang ini, jika tidak terlatih, maka akan rebahlah kita
laksana pokok yang tercabut akarnya jika dirempuh taufan tak kira masa,
Wallahi bukan ini sekadar kata² 
Malah sahabat dan rasul sudah membuktikannya.

Apakah sabar itu hanya datang tanpa praktikalnya?
Tidak, wahai sahabat ku, ianya akan datang tatkala kita mempraktikkannya, 
sabar ketika kita cuba melatih diri utk lebih taat padaNya, 
sabar ketika nafsu membayangkan jahiliyyah yang ada itu indah belaka, 
sabar,ketika mengikis jahiliyyah yang ada, 
sabar, ketika menggalas akhlaq yang mulia setiap masa,
bukan hanya sekadar terfokus pada musibah yang menimpa

Jangan sempitkan ruang untuk sabar itu, 
kerana nanti kita pula yang tersempit jadinya.

Malah, lapangkanlah dada, fasabrun jameel, kata yang Maha Kuasa, 
Kerana di kitab suci, sabar itu disebut berulang jua,
kerana apa?
kerna darjatnya amat tinggi jika kita memahaminya.

Moga Allah berkahi hati² kita dengan kesabaran.

p/s : tgh bersabar dengan diri sendiri juga. insyaAllah jom kuatkan mujahadah.

-ichbinmae-

Kommentare