Termenung..krik..krik..krik..

Termenung.

Krik..krik..krik...awkward moment (bak kata seorang mutarobbi ku yang garang² comel..eheh..boleh terbayang muka dia tengah cakapkan ayat nih).


Termenung saya selepas memebaca entry didalam blog kak aisyah Z berkenaan dengan bekalan untuk daie diluar negara..


Lebih termenung saya lagi seusai membaca Ar Raheeq Maqtum berkenaan dengan ibrah peristiwa² yang berlaku sebelum hijrah..termenung..terkedu..


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)". (2:214)

Krik..krik..krik..

Allahhh..dibumi bertuah ini, germany, saya dapat rasakan manisnya berdakwah..seronok! Penat memang penat..berhabes duit ke sana kemari..dalam rangka nak menyeru manusia kepada Allah...berprogramm..memprogramm...di programm..hehe..tapi somehow..ianya terasa amatlah best, manis dan seronok! 
Sampai kadang² kita rasa..arghh..tak sempat pon aku nak futur sbb bestnya rasa dakwah ini..

Dan kadang-kadang adela secubit dua diuji dengan cubitan kerengga oleh kata² yang sedikit mengganggu gugah dan membuatkan jiwa kita terasa..


Tapi itu...

Tapi itu...

belum lagi sampai tahap ujian yang Rasulullah dan para sahabat alami..ataupun at least macam yang  kak aisyah Z lalui..


belum lagi..sebab tak sampai tahap kita rasa diri kita hopeless..

belum lagi..sebab tak sampai tahap kita rasa diri kita sakit fizikal dan mental..
belum lagi..sebab tak sampai tahap kita boleh kata ' bila Allah akan tolong aku nihhhhh, aku dah tak tahan lagii'..
belum lagi..sebab tak smpai tahap kita rasa diinjak macam nak mati org sekeliling kita.  sebabnye..paling kurang dakwah kita ditolak sikit aje rangenya (eg : kita ajak, org tanak dtg programm..kita nak buat baik, org cebik muka,  kata kita buat² nak baik aje..)

dan yang paling penting..belum lagi kita rasa tidur tak kecukupan kerana kita risaukan ummah..benar² risaukan ummah..means bukan sekadar kita rasa 'argh programm bulan depan tak siap lagi..tak tahu muwajjih siapanya lagi..argh tentatif..ajak² orang lagi..siapa peserta etc²'..kemudian selang beberapa minit kita boleh tidur dan berdengkur² kroohh..kroohh..mengalahkan bunyi kerbau menguak.. T_T allaaaaahhh...


sedangkan dahulu, rasulullah saw pernah berkata pada khadijah r.a..
sudah berlalu waktu tidurku...

Hah! dah berlalu waktu tidur!..bukannya sikit atau berkeurang tarpi dah berlalu....huu..ketar lutut..


dan jugak..otak kita takde lah berligat memikirkan tentang ummah 24h. Bukan nak kata kat sini, yang kita sampai tak boleh at least nak fikirkan tentang kejayaan duniawi (eg. exam, study)  kita.. 

tapi secara  sejujurya saya nak tanya, adakah benar anda bila memikirkn study tuh, tujuannya adalah untuk kepentingan ummah semata dan bukannya untuk kepentingan diri kita sendiri, walaupun semilimiter ukuran niat  dihati? Jawapannya, saya serahkan antara anda dan Allah untuk jawab sejujurnya..


Jikalau saya, saya boleh mengaku..saya belum sampai tahap itu lagi..belum....masih jauh.. *crying*


Allahu allah..itu yang merisaukan diri ini..

Takut² kalau tergugur tatkala diuji..tak kesahlah samada ujian senang..atau kesusahan..

Jadi ya Allah..kuatkan hati ini dan hati² saudara ku dalam nak merempuh mehnah² yang menanti.. 


Mehnah yang datang..tribulasi ynag menghentam..tak boleh kita nak expect rupa bentuknya.. ia datang dalm bentuk bermacam..kadang² sampai bermain diminda..sampaikan ini pon Allah menguji aku..fuuuhh..


Jadinya..nasihat saya pada daie² di luar sana , especially diluar negara...especially diri saya.. dakwah memang indah..dakwah memang menyeronokkan...tapi jangan sekali lepa..


Jika tidak berbekal iman dan kepercayaan pada Allah yang mendalam..maksud saya..kalau setakat manis dan berkobar dimulut dan di dalam usrah atau di blog² sahaja..baik kita muhasabahkan diricepat²..Bina kekuatan dalaman (iman) & dan tingkatkan amalan diri..tanpa timbul sebarang ujub diri..


Jangan biar ego dan ujub menguasai diri..'argh..aku ok jek diuji dalam jalan dakwah nih' atau 'argh akhi, futur tuh bukan ke jadi pilihan kita ke, boleh jek kita pilih untuk tanak futur sebenarnya'..

Jangan ikhwah dan akhawati..jangan begitu..anda belum smpai disitu lagi..

Anda belum sampai di tahap itu lagi..sebab ujian yag anda rasa itu..baru aje 'celah gigi' berbanding dengan yang orang² lain hadapi..

Jadi..mantapkan iman degan mempertingkatkan amalan dan hubungan dengan Allah..saya mohon supaya diri saya dan anda semua dihalakan oleh cahaya keimanan yang mantap di jalan ini..dibersihkan hti dariada panahan syaitan durjana ke dalam hati..iaitu ujub diri..dan juga sentiasa dibekali pentunjuk (taufik dan hidayah Ilahi) dan supaya Allah sentiasa memilih untuk kita terus berada di jalan mulia ini.


Ameen ya Rabbal alameen.


allahualam.




Kommentare