Daie..lihat awan itu!
Hari² ku lihat awan bergerak lagi..
Bergerak laju tanpa henti, tanpa meninggi diri..
Terfikirnya aku..
adakah kita begitu wahai para daei?
Jika awan geraknya statik tanpa henti
Kerana mengikut kehendak Ilahi..
Apa alasan yang boleh kita beri?
Untuk tidak lagi gerak dan melangkah membawa risalah suci..
Atau duduk termangu, hari² hanya membuka FB
Dan hanya menambah dosa dan pemberat diri..
menuju ke neraka abadi..
Allah² peringatan pada para daie
Terutamanya diri sendiri..
Tanya diri apa yang anda sudah buat hari ini..
Hanya duduk menanti..
Atau sering menambah amalan diri..
Wahai para jiwa yang Allah masih berikan cahaya lagi..
mari kita jangan termangu lagi..
Qiam dikejari..
Amalan tambah berkati kati..
Dengan check and balance kualitinya sekali..
sampai ke syurga mengejar redha Ilahi..
Tarbiyyah di beri bukan sekadar teori..
Tapi pembekal untuk menambah amalan diri..
sekali sekala letih penat mengejar redha Ilahi..
Katakan pada diri..bukan Allah lihat pada hasilnya,
tapi apa yang ada pada usahanya wahai makcik siti..
Jadi wahai para daie, apa kita mau tunggu lagi..
jangan sampai awan yang bergerak itu
Jatuh ke bumi..berkeping keping nanti..
Baru kita hendak menyesali..
Dan katakan pada diri "Allah, kenapa yaku tak buat all out,waktu di bumi?"
Allahualam
Kommentare
Kommentar veröffentlichen