Jangan berhenti insomnia :)!!
Sesuatu fikrah akan berjaya bila keimanan kepadanya utuh, dihiasi keikhlasan di dalam perjalanannya, ditambah dengan semangat yang membara, di dokong dengan siap siaga untuk berkorban dan bekerja untuk merealisasikannya sepanjang masa. Iman, ikhlas, semangat dan tekun berusaha adalah empat rukun kejayaan. Keempat-empat dasar utama ini hanya mampu dipikul oleh golongan pemuda. Asas iman adalah hati yang cemerlang. Asas ikhlas adalah jiwa yang suci, Asas semangat adalah penjiwaan yang sejati dan asas kepada amal adalah keazaman yang jitu.
Kesemua ini hanya ada pada pemuda. Justeru pemuda-pemuda dahulu dan sekarang merupakan tonggak kepada pembangunan ummah. Setiap kebangkitan itu ada rahsia yang menjadi momentum utamanya. Setiap ideologi itu ada yang mendokong panji-panjinya mereka itu adalah ”Pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhannya dan kami tambahkan hidayah mereka”
Jangan sekalai-kali putus asa, putus asa bukanlah sebahagian dari akhlak muslim. Kenyataan hari ini adalah impian semalam. Impian hari ini adalah kenyataan esok. Orang yang lemah tidak akan selamanya lemah. Yang kuat juga tidak selamanya kuat. Tetapi kita ingin menjadikan yang kuat itu gagah dan berkuasa. Dunia menanti ketibaan dan kewujudan kalian wahai pejuang-pejuang.. Untuk menyucikan segala kesakitan dan keperitan yang ditanggungnnya selama ini. Akan tiba masanya bagi kalian memimpin Ummat ini dan memandu dunia ini. Berusaha dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh kerana keesokan hari kamu tidak akan mampu bekerja dan berusaha lagi.
( Petikan Khutbah Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna kepada golongan pemuda )
Perjalanan nih masih panjang...sangat panjang..
Hurmm.. sayangnya kalau kita selalu kecilkan skop kita dalam pandangan kita ada dakwah & tarbiyyah..sayang sekali sebab kita akan terlepas peluang untuk nampak offer² pahala tuh..
Dimana kita berada sekarang..di fasa mana..di negara mana sekalipun..
Dipermulaan tarbiyyah..yang dah lama dalam tarbiyyah...jangan pandang enteng pada usaha..
Usaha itu kayu ukurnya..ukur yang menjadi penentu bila kita nk berjumpa sang Khaliq nanti..
Banyakkan usaha selain daripada berkata berapi berkobar sahaja..
Banyakkan usaha beramal daripada termangu melihatkan amal yang tak sehebat orang lain..
Banyakkan muhasabah..untuk elak daripada rasa 'berjasa'
Banyakkan improvements setelah tahu banyaknya kekurangan..
Banyakkan berfikir macam mana nak contribute the best untuk dnt dengan apa yang kita ada..Ada tak banyak..tapi dengan tak banyak tuhlah kita bagi the maximum one!
Allah tak pandang..kita siapa dalam DnT..
Allah tak pandang..tinggi mana ilmu kita..
Allah tak pandang.. lama mana kita dalam dakwah dan tarbiah..
Bila Allah tak pandang semua tuh, sapa bagi kita license untuk pandang semua tuh dan jadikan kayu ukur sendiri?
Orang yang lebih dahulu dalam tarbiah..atau lebih lama dalam tarbiah..pasti banyak ketakutan yang dia hadapi..
cukup sudahkah muhasabahnya..
cukup sudahkah usahanya..
cukup sudahkah improvements yang dia buat..sementara dia sentiasa menjadi rujukan..
cukup tawadhukkah dia dalm mensyukuri nikmat yang Allah berikan..
cukup sudahkah ikhlas amalnya? Atau hanya menambah riak..?
Boleh insomnia macam nih tahu...bila pikir soalan² begini..
sama juga pada yang masih setahun jagung di dalam bidang ini..banyak jugak ketakutannya..banyak jugaklah insomnia² yang menggangu jiwa..
Tapi apalah ertinya ketakutan dan insomnia itu tanpa adanya usaha..
Biar kita lelah,..asal ada usaha..
Biar kita stress..asal ada usaha..
Biar kita insomnia..asal ada usaha..
Usaha semaksimum mungkin dengan niat untuk ikhlas beramal dan beribadah keranaNya..
Wajibkan diri untuk tidak futur..
Wajibkan diri untuk tidak lemah..
Wajibkan diri untuk sentiasa letak Allah di hadapan..
Wajibkan diri untuk cari jalan mengikhlaskan diri..bak kata pakcik amru khalid dalam bukunya Hati sebening mata air)
Yes...Kita masih tak perfect..tapi mmg takkan perfect pon..(kalau ade yang ngaku tuh..something wrong somewhere lah tuh)...tapi kalau nak jadi macam mat jenin aje pulak..mmg tak kemanalah!
Berangan tak habes²...ku tampar karang..!hehe..maaf kasar sikit..
Life is our constant struggle..sangat constant..
Jangan ingat kita dah lama dalam DnT..takkan di uji..atau pun dah kuat jiwa dan batin?
Jangan ingat kita baru dalam DnT..ujian diberi pon ciput² aje..
sentiasalah bersedia untuk struggle dengan sbaik baiknya..
sentiasalah bersedia untuk di tarbiah..
sentiasalah bersedia juga untuk mentarbiah..
Allah itu..nak tambah iman kita atas keimanan yang ada..so kenapa mahu menolak?
(Dalam surah al Fath ayat ke empat, sila check ye semua)
Jadi..biarkanlah diri anda insomnia..setiap malam pon lagi bagus! hehe Insomnia memikirkan hal DnT..dari semua segi especially diri sendiri..
Pemuda idaman dakwah tuh, kalau menurut pakcik HAB adalah yang tak tidur malam memikirkan ummah..
Jadi..janganlah berhenti menginsomniakan diri!
Dan jangan berhenti berusaha..
Ingat! Allah pandang kita pada usaha kita.. Ikhlaskan diri mantapkan usaha dimana tahap kita berada..Dan beri the best of the best sepertimana seikhlasnya si Habil memberi kepda TuhanNya..
allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen