Pemuas yang setia


Wahai jiwa² yang tenang, 
Dengarkanlah.
Dengarkanlah rintihan jiwa ynag berdosa ini, 
Yang mahu sama mengajak anda meliti kepuasaan hidupmu.

Dimana letaknya?
Dimana tempatnya, kepada siapa kita halakan kepuasaan itu
Adakah kepuasaan kita hanya besisipkan nafsu?
Ataua kepuasaan kita itu ada dalam meraih cinta Dia yang Esa?

Wahai jiwa² yang gemuruh mendengar ayat² Tuhanmu..
 Jika kepuasaan kepada tuhanmu yang engkau fokuskan, 
Tak mungkin dalam menyeru manusia engkau inginkan pujian, 
Tak mungkin juga rajuk & amarahmu membengkak tatkala kau dipalit dengan kata hina,
Tak mungkin juga kau inginkan kedudukan di mata manusia, 
jika siddiq cintamu pada si Dia
Tak mungkin perlahan kerjamu jika buah fikiranmu ditolak mentah, 
Cintamu di balasepi, 
usahamu & penat lelahmu bagaikan persis kuman di lautan..
Tak mungkin Engkau perlahankan langkahmu dalam meniti hari untuk berjumpa denga si Dia..

Kerana apa, 
Kerana Engkau tahu, Dia tahu semua itu dan cinta akan semua itu...
Dia menciptakan kepuasaan untukmu tatkala engkau benar² 'bercinta' dengan si Dia..
Dia membalas cintamu bukan dengan calang² balasan..
wajahNya yang Engkau ternanti untuk berjumpa, 
DiriNya yang Kau ternanti untuk berbicara, 

Ah! jiwa² yang tenang, 
sudah² lah menjadi pemuas ynag kecewa pada manusia, 
orak langkah mu, tukar arahmu 180 ° menjadi pemuas yang setia hanya untuk si Dia, 
Biar Dia puas dengan usaha kita, biar Dia tersenyum memberi salam pada kita di hari akhir sana..
Kerana dalam kepuasan kita memberi kerna Dia, 
tak jemu² Dia akan kembali membalasnya pada kita dengan cintaNya yang Maha Agung

subhanallah²...Jika diri kita ini yang si Dia mahu beli..
Berilah sepnuhnya
Jangan tersisa walaupun sedikit untuk memberi.. 
di syurga Dia sedang menanti..
Jiwa² yang tenang untuk kembali ke kampung halamannya..

-allahualam-



Kommentare