Aku bahagia hanya kerna Dia..



"Amin!!" Jerit Ammar..dari kejauhan

" Ko nak kemana nih?"

"Cari bahagia!" Jawabnya amin ringkas..

"Aii..perli nampak? Ko masih nak ambil hati ke apa yang aku cakap semalam..aku gu.."

"Gurau?" celah amin pantas.

"Iya..mungkin itu bagi kau satu gurauan..tapi bagi aku..itu satu yang pedih ammar..menusuk di hati nih" bergetar suara amin membalas bicara. Jangan dah sesekali ko buat macam gitu lagi..risau aku tahu..!

Terdiam ammar..iya..akuinya dalam hati..aku dah lukakan hati kau amin..perkara yang amin rasakan bahagia di perlekehkannya dengan sengaja..bukan dia tak tahu..jalan yang mereka pilh ini bukanlah jalan permainan..bukan dongengan..malah satu tanggungjawab..pada diri yang bergelar muslim..

Amin sangat cintakan dunia dakwah dan tarbiyyah, sejak dia mengenalinya setengah tahun lalu. Iya, pada usia 20 tahun, pada usia yang terlalu muda ini..dia jadi amat cintakan jalan dakwah dan tarbiyyah..sungguh cinta..walaupun tindakkanya banyak diperlekehkan oleh kebanyakkan orang..kata mereka..Amin tak realistik..mana mungkin semua itu boleh berlaku kembali..Nak jadi baik sekelip mata? Apatah lagi mengubah dunia...harapkan kucing bertanduk lah....

Cuma ammar sahaja harapannya..ammar juga mempercayai apa yang dia percaya, mengakui apa yng dia akui..iaitu cinta pada yang Esa.pengharapan pada yang Esa..dan mereka benar² yakin dengan janjiNya..Cuma apa yang merasuk ammar semalam..masih lagi menjadi tanda tanya buat amin..

 Teringat pada kata-kata ammar semalam..yang menggetar hati dan menyebabkan air matanya jatuh berderai

"Amin..apa yang ko menung tuh..berangan nak jadi Umar lAl Khattab lah tuh, kan?"
"Kalo ko jadi Umar Al Khattab, aku jadi Abu Bakar lah kot kan"
"Ko pon bukannya baik sangat, banyak sejarah hitam...haaa.sesuai lah ngan watak!" 
"Aduihlah amin..aku tak surelah betul ke tak apa ynag kita buat nih amin...banyak sangat liku...mampu ke kita?"

Berdesing telinga amin dengan kata² ammar. Pantas dia menoleh..
"Ammar..apa yang ko cakapkan nih..ko tak percaya janji Allah ke..?"
"Yang liku² tuh sunnatullah..yang Allah dah tetapkan..kalau kita nak bawak risalah agama mulia nih"
"Ko masih tak yakin ke?" "Kan ada dalam Quran..ayatt.."

"Err..dah²..besok² lah ye amin.."
"Lagipun malam nih aku nak gi alamanda kejap, nak cari bahagia"
"serabutlah"

"Tapi ammar.malam nih kita ada.." belum sempat amin habeskan katanya, 

ammar menyampuk :

"Cakap aku nak gi cari makna bahagia sekejap pada abang ayyash ek"

Berderai air mata amin..ammar..desik hatinya. Amin hanya mampu lihat ammar berlalu pergi..

_________________________________________________________________________________

Malam itu ammar pergi meronda..di alamanda..berseorangan..ditinggalkan sekejap bulatan gembiranya..

Bukan dia tak yakin dengan janji Allah..bukan dia tak percaya..Dia yakin apa yang di yakininya..dia pasti...Cuma dia keliru..kelilingnya..orang mendesak..yang bertentangan dengan kemahuan hatinya yang sebenar..buatkan sampai lelah..Lelah dengan segalanya..

Tiba ammar berhenti di persimpangan jalan sebelum msuk ke alamanda dia melihat keliling..cantik..dunia ini..
Memandang sambil berfikir. Dalam sekali fikirnya..

Tiba² air matanya berderai..di capainya telefon bimbit nya..pantas dia menekan butang menghantar pesanan ringkas :" Abg, usrah start pkol 830 kan? Kalau abg lambatkan sikit 5 min bole? saya datang sekarang jugak..tak jadi nak 'cari bahagia'..sebab...sebab saya bahagia..hanya kerana Dia.."

Ringkas pesanannya, tapi dalam maknanya buat Ammar. Walaupun ammar pasti..abg ayyash pasti akan terpinya pinga meihat msgnya

No more turning back. Janji Allah itu pasti getus hatinya. Apa² yang berlaku itu sunnatullah. Mendung pasti akan berarak laju..Tapi bahagia yng Dia janjikan..pastinya akan tiba..di Jannah sana..Jadi aku akan ters melangkah laju..bermula dari hari ini..biar pon payah , biar pon susah ....takkan aku biar diri ini merugi dan zhalim...kerana diri ini hanya akan bahagia keranaNya..jadi...aku akan buat segalanya..apa sahaja..getus ammar berseorangan..

 "dan Iya, sesungguhnya....Aku bahagia, hanya kerana Dia" senyum ammar sambil memandang ke langit sana dengan penuh pengharapan..

allahualam.

p/s : nak cuba karya stail baru..tak tahulah sama ada menarik ke atau mendisasterkan..harap yang membaca tak kecewa lah ye..moga kalau tak banyak adalah sikit manfaat yang boleh kita ambil..





Kommentare