Gurauan Dakwah
Umar menghela nafas dalam..Dalam sekali sambil berkali kali di menatap kedua-dua ayat di dalam Al Quran poket yang berwarna hitam itu.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Wahai orang-orang yang
beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah
beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan
(dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?
(Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(9: 38)
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(9:41)
Difikirnya dalam². Dalam maksud yang Tuhan Maha Esa cuba berikan nih..teguran yang sezas mungkin pada diri yang menggelarkan dirinya seorang daie. Ya kita daie...
Tapi kita adalah daie yang baaaaaaaaanyaaaakk bergurau...banyak sangat..
'Bergurau' dalam beramal.
'Bergurau' dalam menjalankan dakwah.
'Bergurau' dalam mentarbiah dan di tarbiah.
'Bergurau' dalam melahirkan qudwah.
'Bergurau' dalam beribadah.
sampaikan..
datang sahaja seruan tarbiah dan dakwah..samada nikmat ataupun ujian..
kita mula mencari alasan..alasan atas kesibukkan..
kita mula 'merendahkan' martabat mujahadah dengan tak bersungguh melakukannya.
Kita mula membesarkan kepala dengan ilmu yang sedikit cuma..
Kita mula mencari peluang taujih atas ticket..riak yang mengembangkan dada..
Kita mula merasa hebat tatkala dihargai dan berasa hina tatkala dikeji!
Kita mula rasa malas menambahkan ibadah atas alasan sibuk dnegan urusan DUNIA..
Kita meletakkan dakwah dan tarbiah di antara list² terakhir dalam senarai tugasan kita..
Kita mula pandang dakwah dan tarbiah itu menyusahkan dan tak rasa indahnya tatkala murobbi kita cuba menggalakkan menambah amal tatkala dalam kesibukkan..
dan banyak lagii..
Sedikit demi sedikit..claim kita atas nama syahadah..janji kita atas panji² fi sabilillah kian pudar..
kian pudar ditelan ombak..ombak gurauan yang sering kita ber'main-main' dengannya..
Kerana kita sering 'bergurau'..
'Bergurau' dengan niat kita..
Bergurau dengan ilmu kita.. yang menyebabkan tiada amal terhasil tapi hanya 'bengkak' didada akibatnya riak!
Allahu Allah..
Peliharalah diriku dan para duat sekalian...
Umar menyeka air mata..
Ya Allah.. tolonglah aku dan mereka..
Tiada daya aku..tatkala aku dimamah 'gurauan' itu..
Jangan jadikan aku daie yang dalam 'gurauan' itu..
Jadikan aku seorang yang sentiasa ikhlas dan benar² itqan dalam berdakwah..juga tatkala mentarbiah dan di tarbiah..
Jadikan aku hamba yang Engkau redhai..
Kerana aku tahu..kerehatan dan banyak ber'gurau'nya seorang daie itu adalah tanda dia sedang lemas didalam laut KELALAIAN..
allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen