Manja is a no-no options!

"Aduh..macam nak tercabut tulang belakang nih" keluh Talhah..
bila terjaga dari tidurnya yang hampir 'nyenyak'  sewaktu kereta api ICE yang di naikinya sudah tiba ke destinasi selepas 6 jam perjalanan...

Di checknya 'planer' diri..wah bulan nih padat..makin padat jadualnya,,
Kerja di office, bulatan terlebih gembira adek² kesayangannya, bulatan gembira dirinya, 
conference di tempat kerja, bla..bla..bla..

sampai naik juling mata talhah bila di lihat satu persatu..'mampu ke nih?' bisik hatinya..

Kalu diikutkan hati dan nafsu diri..dah lama dah..dah lama dah Talhah tinggalkan medan ini..ianya penuh dengan kepenatan..penuh dengan cabaran..penuh engan onak dan duri..mehnah yang datang silih berganti..

Tapi Talhah bangun mengorak langkah ke pintu keluar dan tersenyum Talhah sendiri, dalam keletihan..

Talhah tahu..medan dakwah ini..bukan medan untuk orang yang MANJA..

Kerna jalannya yang panjang lagi memeritkan..hakikat itu di ulang berkali kali oleh murobbinya..
Mungkin murobbinya itu,mahu dirinya sentiasa beringat.. jangan sesekali sebok nak memanjakan diri..

Kita tak punya masa untuk itu!

Banyaknya kerja dalam rangka masa yang singkat, buatkan kita tak sempat pon sebenarnya hendak fikirkan soal memanjakan diri..Diri kita perlu di perbaiki dan begitu juga orang lain..

Jadi, kalau kita keep on memanjakan diri..memang takkan jalan kerja kita!

Allahumma tsabbit qulubana ala  deenik!

"Kuatkan diriku ya Allah" bisik Talhah sambil memandang ke langit sambil tulang belakangnya dirasakan masih lagi berbisa...
Di seka air matanya dan di orak langkahnya ke hadapan..

sekali lagi talhah tersenyum..ternampak akhi kesayangannnya di hadapan..
"Ayyash, kat sini!"
"Assalamualaikum, apa khabar adek? sehat?"

"Alhamdulillah sehat bang. camne perjalanan? " sapa ayyasyh kemabli..ramah orangnya..

"Alhamdulillah..abg sehat aje..Ayyash, semua dah ready ke kat sana?"

"Dah abg, dah tak sabar nak berbulatan gembira nih!"

Tersenyum Talhah dengan jawapan ayyash..sambil hatinya berbisik..

"Jalan ini masih panjang ya Allah..Jangan jadikan aku orang yang manja..kerana aku mahu tsabat dan berdiri teguh di jalan ini..Bantu aku, ya allah..Tsabatkan aku. sebab...Manja is a no-no option for me..!"

Di peluk bahu 'adek'nya dan bersama mereka mengorak langkah ke bulatan gembira..






Kommentare