Layakkah diriku..digelar..muslimah sejati..?




Sukar dan malunya bagi diri ku untuk menyatakan diri ku sebagai seorang muslimah sejati,
tatkala terlampau banyak kekurangan yg masih perlu kubaiki;
namun akan kuteruskan jua usahaku ini
walaupun beribu orang menyatakan padaku ' itu hanyalah mimpi ',

Kerana diriku begitu pasti,
Allah itu Maha Mengampuni dan Mengasihi,
kekuranganku dahulu akan jadi seperti tidak bererti,
jika diri ku ini terus menerus berusaha memperbaiki diri,
kerana ku berasa teramat amat pasti,
pada janjiNYA yg pasti tidak akan dimungkiri,
bahawa permulaan yg tidak cantik itu bukanlah penentu kepada sebuah pengakhiran molek yg hakiki,
dan kerana Dia juga yg mengetahui di dasar hati ini,
betapa ini ku ingin memperbaiki diriku ini,
agar ku menjadi hambaNya yg sejati,
yg punya 'lencana solehah' di dalam diri..
amiiinnn...


Kommentare