Epal itu...
Ini ada satu cerita:
Wanita ibarat sebiji Epal.
Epal yang kurang kualiti amat mudah diperolehi
kerana ia setia beruguguran di tanah ,
tetapi,
Epal yang tak mampu dimiliki dan insyaAllah tinggi kualitinya berada di puncak.
Kenapa ya begitu?
Kerana...
Epal itu sukar dipetik,
sukar digapai
dan sukar untuk dimiliki..
Tapi..kadang2 sudah menjadi lumrah..
Epal di puncak itu akan risau,
kenapa diriku belum di petik lg?
tak laku kah aku?
buruk sgtkah aku? atau...
perlukah aku gugurkan dirku sendiri ke tanah?
hmm...
Lantas epal yang di puncak itu cuba merendahkan dirinya ke tanah sedikit demi sedikit sehingga dia gugur dengan sendirinya ke tanah tanpa perlu di petik..
dan akhirnya menjadi Epal yang hanya busuk di tanah dan tidak di perlukan lagi oleh sesiapa pun...
Jadi saudara2ku sekalian..mari kita jaga diri kita..
kerana kita tahu dan seringkali diberitahu bahawa Allah telah ciptakan diri kita dengan penuh ketinggian martabat..
Jadi mengapa kita sering dan sering berusaha untuk menghancurkan martabat itu?
Kenapa kita cuba dan seringkali mencari jalan merosakkkannya?
Ya..kadangkala kita akan tersilap langkah atau tersalah pertimbangan..
kerana kita juga manusia biasa...
Namun saudara2 ku..
itu bukanlah alasan untuk kita terus menerus mengorak langkah untuk terus merosakkannya..bukan itu caranya..
membiarkan kaki ini terus tegelincir dan diri kita terus tergolek rebah tak berdaya di lembah hina
saat ini juga bukan masa untuk kita menambahkan luka pada diri..
sehingga ia mecambahkan nanah yang busuk dan sukar untuk dirawat lg..
Doa..taubat...itu semua penawar untuk kita...
Pengubat bagi lubang2 yang ada pada diri kita...
Gunakan ia
Gunakan ia sehabis - habisnya....
Biar hingga kita penat menggunakannya...
Penat menggunakannya untuk menonyoh keluar nanah diri kita..
Kerana..
kerana.. hanya itu sahaja cara utuk kita kembali bersih semula..
Taubat..Ya..taubat....
Hanya itu pengubat sempurna buat diri yang sentiasa kebuluran suatu makanan
sebagai pengisi jiwa dan kerohanian..
Marilah..Jangan kita terus membiarkan diri kita bersarang di lembah hina..
Selagi mana kita masih di beri kesempatan tika ini..
Maafkan aku..dan terimalah taubat ku Ya Rabbi..
Kommentare
Kommentar veröffentlichen