I wanna be a Thinker... ;)


..I'm trying my best to constantly be a thinker..

BERFIKIR.
satu perkara yang ku kira,
kita sebagai manusia gemar dan selalu melakukannya,
secara lansung ataupun tidak,
TAPI sayang , 
selalu kurang kena tempatnya..
selalu lari agendanya..

kesenangan dunia, kesedapan hidup mewah didunia,
kejayaan dalam mengejar dan mencapai cita-cita,
hebatnya kelulusan peperiksaan,
gahnya posisi di tempat kerja dan kemewahan gaji drnya,
merupakan antara perkara yang sering bermain di fikiran kita,
yang akan selalu berputar di benak fikiran selagi mana belum kita capainya, 
bukan salah untuk memikirkan ini, tetapi biar ada hadnya..

kerna...
jika terlalu lama, terlalu banyak perkara yang sebegini kita fikirkan,
ianya hanya menumpulkan sang akal yang sepatutnya digunakan, 
untuk memahami ayat-ayat dalam SURAT-SURAT CINTANYA
dan secara pasti akan membuat kita sering terlengah dengan kehidupan dunia, 

Kita bukan hamba pada nafsu dunia, 
tetapi kita hanya hamba kerdil comel pada Allah Yang Esa,
kejayaan di dunia bukan penentu ukur ,
yang kita ini seorang hamba yang berjaya di mata Tuhan yang Esa,
kerana bukan taraf yang menjadi ukuran,
akan tetapi hanya amalan yang hanya boleh dijadikan pemberat timbangan neraca,
jadi...gunakan akal itu untuk memikirkan cara untuk mendapat keredhaanNYA
gunakannya unutk mendapatkan cara paling molek untuk menghampiri cintaNYA,
kerana fikiran itu seakan rencahan suatu makanan,
jika baik dan seimbang rencahannya, 
hasil yang sedap dan terbaik yg  akan kita dapat

mana mampu hati itu menjadi tenang, jika ayat-ayat NYA sekilas pandang pun
tidak hingin untuk kita lihat dan memikirkannya,
sungguh akan rugi diri kita..melepaskan satu rencah, 
yang kukira sangat berharga, yang bukan boleh di beli di mana-mana..
hanya perlu dibuka, baca dan diFIKIRkan,
sungguh mudah bunyinya,
tetapi itulah yang sering diriku dan kalian lupa dan lengah..

Jangan biarkan akal kita tumpul, 
sehingga membutakan mata kita unutk membezakan yang batil atau yang benar,
yang silap atau yang betul, 
yang putih atau yang hitam, 
yang mengikuti jalan kenbenaranNya atau yang sesat,

kerana kita bukan kanak-kanak kecil yang perlu di beritahukan arah jalan, 
kerana kita seorang insan, yang memiliki akal yang sehat,
yang diberi peluang olehNYA secara bebas, 
memilih jalan menuju KEGEMBIRAAN atau KESENGSARAAN yang abadi..

Allahualam

Kommentare