Karat oh Karat..kenapa tanak hilang?
Karat, memang susah nak hilang, tapi tak mustahil untuk di hilangkan. |
Karat Jahiliyyah. hmmm...berbicara tetangnya kadang-kadang menjadikkan diri sendiri rasa tak mampu nak mengangkat kepala lagi. Masih terlampau banyak berbaki dalam diri ini. SubhanAllah. I wish i have that 'pencuci' yang lebih power lagi daripada CLOROX untuk cuci karat2 jahiliyyah dalam diri ini. Bukan tanak salahkan nafsu atau tanak salahkan syaitan dan iblis durjana yang tak henti henti membisikkan kata-kata 'semangat' untuk membaja karat-karat ini, tapi pikirkanlah sendiri dahulu, apa yang kita buat sebenarnya bagi nak mencuci karat-karat ini? Sudah cukup kuatkah atau sekadar hangat-hangat tahi ayam aje?
Astagfirullah.......Jika kita tengok diri kita dari sudut ibadah, cukuplah takat kita comparekan dengaan kawan kita yang agak 'alim' sikit berbanding kita, agaknya, mampu ke kita buat apa yang dia buat... Jika tak mampu, there's some change that we have to do for ourselves.
Tapi kadang-kadang karat-karat nih jadi sangat-sangat degil untuk di hilangkan atau tumbuh bercambah cambah balik adalah sebab diri kita sendiri. Eh, macam mana pulak tuh ? haaaa...
Ini caranya...jika kita nih asyik sangat2 meletakkan baja 'ujub' atau syok sendiri, takbur, riak , iri hati atau apa-apa sahaja 'baja'2 brand MAZMUMAH dalam diri kita. Sudahlah dapat 'baja subsidi' daripada nafsu iblis dan syaitan, ini kita tambah pulak lagi dengan 'baja buatan sendiri'. Memang dapat hasil terBAEK punyalah..hadoihlah...
Jadi kat sini saudara2 sekalian, saya nak seru supaya kalo boleh kita buang semua 'baja'2 tuh. Takkan kemananya jika kita cambahkan dan suburkan karat-karat jahiliyyah tuh....macam orang kata... Syurga tak dapat...pahala yang boleh dikendong habes semua jatuh berciciran. InsyaAllah sama2 kita ingtakan diri (terutamanya diri saya sendiri) dan bermujahadah melawan nafsu kerana sesungguhnya jihad yang paling besar itu adalah jihad melawan nafsu, dan seboleh bolehnya melalui jihad ini, kemanisan iman dan syurga Allah itu yang kita impi impikan. Allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen