ALARM : Musuh dalam selimut para daie

[Kredit]
ALAAAAAAARRRRRMMMMMMM!!!!

teettt..teeettt..teeeettt..

ALARRMMM...Musuh datang...musuh datang... Bina pertahan...bina pertahanan...

DUMMMM!!!...

Dilaporkan seorang daie telah kecundang.Kecundang dalam medan perjuangan. Takziah buat sanak saudaranya dan juga kaum kerabatnya.

ok².. sudah² berdrama...let's get back to reality eh..
agak²nya selain medan jihad perang..dan juga  lain² bentuk perjuangan dalam kita nak menyampaikan dakwah dan juga tarbiah berkenaan agama Allah yang mulia nih, yang nak kita fahamkn kepada mak , ayah, kaum kerabat dan masyarakat..agaknya apalagi ye bentuk perjuangan yang daie kena hadapi? Yang penuh dengan musuh dalam selimut , yang boleh menyebabkan mereka kecundang sebegitu sahaja bila² masa?

Apa ye?...hmm...

Kalau kecundang, kerana kita di tembak atau diserang hendap musuh..tidak mengapalah..insyaAllah syahid yang kita dapat..

Tapii...kalau kecundang itu kerana musuh dalam selimut itu adalah kerana diri kita sendiri...bagaimana pulak ye?

Musuh dalam selimut yang saya maksudkan kali ini adalah EGO. Ego seorang daie merupakan antara musuh terbahaya yang seorang daie itu boleh bawa dalam perjungan yang suci yang dia sepatutnya galas dengan penuh keikhlasan hati dan kesucian jiwa ini. 

Ego nih merupakan musuh dalam selimut yang licik. Ia berpunca daripada nafsu seorang daie itu yang mana di top-up perisanya oleh cucukan syaitainnirrojim yang tak henti-henti dan kemudian membiak jugak secara tak henti²nya dalam hati daie  itu..Selagi mana tak di cuci dengan ayat² suci Al Quran atau peringatan² yang membekas kat jiwa daie tuh sendiri selai itulah dia akan bermaharajalelakat hati daie itu dengan penuh hebatnya.

Sangat crucial sebenarnya  untuk para daie tuh sentiasa mencuci hatinya sebab kalau musuh nih dah melekat dan sebati dalam jiwa...Ada kemungkinan hati daie itu akan secara perlahannya lumpuh dan akhirnya..akan terus mati..naudzubillahimin dzalik!

Menakutkan. Kerana hanya sebab itu..sebab yang sangatlah 'hek eleh..itu je'..daie itu akan dicampak ke neraka  free² aje. Habes segala mala penat lelah dia berdakwah, mentarbiah sana-sini..last² kecundang di pintu neraka kerana ego yang memakan diri.

Allah²..sucikanlah hati kami dan para² daie seluruhnya  agar tak tepalit ego dalam diri...

Jadi dah alang² tuh saya kongsikan jugaklah beberapa contoh dan simptom² keegoan yang daie boleh ada atau at least pernah hinggap kat diri saya yang lemah nih atau yang pernah saya baca atau dengar hasil daripada pengalaman² orang, sila baca ye :
  1. Bila kita merasa megah dengan ilmu kita, rasa hebat, rasa dah banyak tahu, rasa dah boleh berdebat itu dan ini..allah²..sadis betol..
  2. Bila kita pandang orag lain berdasarkan ketinggian ilmunya sahaja dan degrade mereka jika ilmunya tak setinggi mana, contoh paling mudah  adalah bila kita bersama dengan mutarobbi atau dengan murobbi sendiri. Especially bila mutarobbi/murobbi tak tahu apa yang kita tahu, tak alert seperti mananya alertnya kita dengan berita dunia/ilmu semasa , tak menghafal seperti mana kita menghafal Al Quran dan hadith, tak baca buku yang kita baca (konon buku yang kita baca tuh tinggi maqamnya)...walhal..di sisi Allah..kalau ilmu tuh tak amal...takdek gunanya..
  3. Bila kita rasa org lain tak bergerak atau tak buat kerja dakwah macam kita atau kurang daripada kita...walhal entah² dia itu sekali pergi berdakwah berlipat ganda pahalanya berbanding kita lantaran dek keikhlasan hatinya..sedang kita kosong pahalnya kerana setiapkli buat itulah, kita dilanda ego dan penyakit hati yang menghasilkan riak dan ujub dan segala penyakit hatiyang boleh difikirkn..allah²
  4. Bila mana kita rasa jalan dakwah dan tarbiah nih adalah kolot..tidak innovatif..panjang...lama..lantas menyebabkan kita kurang hormat dengan manhajnya..prinsipnya..hingga menyebabkan kita terburu-buru dalam membuat keputusan..
  5. Sentiasa berdzhon dengan rakan seperjuangan..tak kesahlah siapa pon orangnya, samada daripada qiyadah atau jundi atau murobbi atau mutarobbi atau sesiapa sahaja...sedangkan sebelum ini kita selalu di war-war kan BERUKHWAHLAH kerana ALLAH semata...tapi kita langgri sebab dasar keegoan diri..allahu allah..macam mana?? tingkat terendah ukhwah bersangka bik pon tak lepas lagilah kalu macam nih!
  6. Bila mana kita enggan mengaku kesilapan kita..Enggan mengaku kealpaan kita..enggan mengaku kelemahan kita dalam sesuatu...kita rasakan tiada siapa yang layak menegur kesilapan itu..walhal Allah hadirkan orng² sebegitu untuk memperbaiki diri kita..
  7. Bila mana kita sebok mentarbiah orang..tapi lupa mentarbiah diri atau lupa punya masa  bercerita /berqadaya/bermunajat dengan Ilahi..padahal dalam setiap tinak tanduk kita..Dia ada bersama menemani..
  8. Bilamana kita menghitung kebaikan diri sendiri...aku sudah buat itu..aku sudah buat ini...walhal kita tak tahu pon yang mn satu amalan itu yang Allah terima..Daripada dok hitung baik kita keep on mujahadah n buat kerja..ye dak?
  9. Bilamana kita rasa..kita yang berhak menentukan natijah/result hasil dakwah kita...bila rintangan datang..kita kecewa berlebihan..bila kesenangan datang..kita syok sendiri tak henti-henti...aduuhh...rugii..rugii..
  10. Bila mana kita rasa kita nih kononnya dah buat sunnah terbesar dan layak masuk syurga dan lantas kita memandang enteng diri orang lain..Allah²
haaa..tuh baru sepuluh tuh...actually banyak lagi simptom²nya..cuma anda kene lah korek sendiri..

Tapi..dalam pada semua tuh...walaupun kita takutkan penyakit nih akan menghinggapi diri..Allah Maha  mengetahui..dan Maha Penyayang pada kita
Dia tolong kita dengan beri kita ALARM HATI..
Hati akan tak senanag dengan kemungkaran...kerana fitrahnya...ianya sukakan kebaikan..
Jadi kita boleh rasa dan ingtkan diri..bila mana musuh ini datang mengattack..
dan waktu tulah.....hadirkan semua ubat dan pertahann yang kita ada supaya musuh tuh  takkan kecundangkan kita ...iaitu dengan gunakan sepenuhnya...Al Quran..istighfar..zikir..jangan terlepas atau lucut dari mulut kita..

p/s : Allahu Allah..alhamdulillah..dapat berkongsi sikit hari nih..
InsyaAllah ini semunya bukan dari saya..malah inihnya kurniaan dari Allah SWT yg di sampaikan melalui saya..
Doakan supaya saya sentiasa ikhlas dalam melakuan apa sahaja di dunia yang sementara ini..

wallahualam.

















Kommentare