Untitled.

Kelu.Beku.
Begitulah jariku kini..
Fikiranku jua pada masa kini..
Pada sesuatu yang ku punya jiwa..
Pada sesuatu yang ku idam kan menjadi medan perjuangan..
Medan PENULISAN

Hilang..entah kemana ia pergi..semangat itu..
Di bawa angin lalu?...
Mungkin..

Arggh! Buntu aku..buntu..
Memikirkannya..
Persoal ku pada diri..
Apa kata mu di hadapan Allah nanti..Apa yang akan kau persembahan
Dek kerana semangatmu yang hilang ini?
Kata² & semangat kosong?
Atau mahu kau kata..kau tidak punya rasa lagi..
walhal itu juga medan perjuanganmu..yg pernah kau lafazkan di atas trikar sejadahmu?
tika sudah bermula, jangan berpatah kembali kebelakang...
Kerna kau bagaikan singa yg lari dari medan untuk berjumpa dengan Tuhannya..

Usah salahkan kesibukkan..
Tatkala engkau tidak sebusy Rasulullah
Jangan kata kau malas, sedang 'jihad' mu untuk dunia tak pernah kau culas..
Jangn kata tiada idea, sedang 'umat' memerlukan..
Jangan kata tidak punya bakat..sedang nasihat itu adalah ilham Tuhan..
Jangan kata tiada lagi rasa..kerana kau pasti kecewa..
Di medan perhitungan di SANA..

Tapi..insyaAllah semangat ini kembali...
Kembali pada hari ini..
Puisi ini..nukilan ini,,jadi saksi buat diri dan Tuhanku..
Aku akan usahakannya..
Mungkin ia tridak sehebat mana
Mungkin tidak setaraf penulisan nobel dunia
Atau setaraf Salin A.Fillah dengan dekapan ukhwahnya..
Namun aku tahu...aku mahu lakukan ini...kerana ini janjiku pada Tuhanku..
Akan ku serahkan segala kudrat yang ada untuk dapat REDHANYA..

Keran ini medan perjuangan ku..
ini medan yang aku sayangi..yang aku cuba jalani dengan penuh keikhlasan di hati
medan yang aku di bukakan mata untuk 'berjihad'

Ya Allah...bantu aku terus kuat di medan ini..
Otak ini jangan berhenti bekerja da bekerja lagi..
Ku tidak kesah pandangan manusia dan dunia..
Tapi yang sangat ku kesah..
Bagaimana diri ku ini di hadapan MU ya Rabb.

Tergolongkah aku dalam golongan..yang engkau cintai,,Ya Rabbul Izzati..

-semangat yg hilang..kini kembali-


Kommentare