Apa yang bestnya jadi surirumah part 1

Disebabkan kerja sebagai seorang surirumah ni infamous sebenarnya jadi saya terfikir nak tulis sedikit untuk tatapan semua tentang kerjaya noble ni. Mohon kalau ada surirumah yang membaca boleh tambah2 kan input untuk jadi tatapan bersama.

Pertama sekali,yang obvious dengan kerjaya ini adalah MASA. Masa merupakan elemen yaang crucial untuk surirumah yang kalau tidak diuruskan dengan baik, maka akan terkaramlah kita dengan laut kemelut kesibukkan nak menguruskan segala hal dari sekecil2 meng'entertain'kan anak sehinggalah sebesar besar kerja-kerja rumah yang tidak pernah henti.

Saya sendiri cuba untuk top up knowledge setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu malah setiap hari untuk menjadikan setiap hari malahan kalau boleh setiap masa adalah productive. Menurut productive muslim productivity adalah : focus + time + event.

So based on this untuk menguruskan masa saya punya jadual yg sy tetapkan dan revised mengikut musim kerana corenya adalah waktu solat. Jadi bila berubah musim..waktu solatnya berubah maka akan berubahlah routine saya.

Masa jika diuruskan dengan baik, banyak benda yang kadang2 seems so ovewhelming akan dapat dicater dengan lebih baik  sebab surirumah ni peranan banyak..dialah guru, dialan counselor, dialah entertainer dialah cleaner, cooker..setiap satu peranan itu akan mampu dilaksanakan dengan sempurna jika disusun dengan sebaiknya.

Malahan untuk saya sendiri pernah 'crashed' emotionally sebab terlalu menginginkan kesempurnaan iaitu menginginkan semua perkara terlaksana dengan serentak. Mana boleh. sebab kita adalah manusia. Lebih baiklah jika kita dapat membuat setiap perkara secara konsisten dan ada jadualnya supaya kita tidak stress..tapi semua perkara termasuk mentarbiah anak2 tercater dengan baik. saya sajikan planner saya yang baru siap separuh utk tatapan semua.
To be continued..

Kommentare