Refleksi buku tentang role model

Selesai aje baca buku fiqh dakwah bahagian sifat2 seorang dai, saya menghela nafas yang panjang, ada kalanya bergetar macam seakan dapat goosebumps ketika membaca dan cuba memahami setiap bait yang ada dalam buku itu.

Saya merasakan suatu amanah yang besar ketika cuba memahami apa yang hendak disampaikan oleh rahimahullah  mpakcik Jumuah Amin berkenaan dengan tanggungjawab seorang dai yang sepatutnya kepada dirinya dan orang sekeliling. Rasa berat kerana saya tidak melakukannya dengan sebegitu baik lagi. Jauh dan perlu banyak improvements yang perlu dibuat dalam nak merealisasikan apa yang ditulisnya. Akan tetapi sebagai manusia dan seorang muslim..kita takkan lari daripada keperluan untuk berusaha untuk jadi lebih baik bukan? Kalau nak dipikirkan 'nak jadi baik dulu baru berbuat' maka punahlah kita. 

Akan tetapi bila bercakap tentang hal hal sifat seorang daie ni..apa yang saya boleh refleksikan pada penulisan beliau adalah keperluan untuk ada role model dan sikap untuk sentiasa menjadi yang terbaik dalam hal hal yang terkait dengan mengajak ke arah suatu kebaikkan. Nak nak lagi dalam agama dan tak berhenti disitu sahaja..malah dalam kehidupan seharian juga. Kisah2 nabi terdahulu dan juga kisah bagaimana Rasulullah saw berusaha menjadi contoh yang terbaik dikalangan masyarakat sangat menyentuh hati saya. Sebagaimana nabi nuh a.s dicerca dan dibuli oleh masyarakat beliau yang tidak sukakan ajarannya dan juga nabi muhammmad saw ketika tidak diterima ajakannya kepada agama islam di taif, malah beliau dibaling batu dan dicederakan..mereka tak permah berhenti daripada menjadi role model yang terbaik.

Jadi daripada contoh-contoh yang ada, jika saya lihat kembali dalam kehidupan seharian kita perkara perkara ini adalah sangat dekat. Berbuat baik dalam kehidupan adalah keperluan  manusia. Malah menjadi role model atau qudwah itu juga satu keperluan. Terutamanya jika kita mempunya anak2 atau anak buah dan saudara malaha jika anak usrah sekalipun..ada keperluannya yang amat besar untuk kita menjadi role model yang terbaik. Kerana apa? kerana kebaikkan adalah nafas dan pengharapan manusia dalam nak menjalani kehidupan ini. Jika tiada role model, manakan datangnya realiti ajaran dalam kehidupan ini. Tiada siapa yang dicontohi , maka akan punahlah dan susahlah hidup seorang manusia itu.

Jadi sangat2 refreshing bila membaca buku daripada Sheikh Jumuah Amin kerana ia mengigatkan tentang perkara perkara asas dalam kehidupan. Keperluan untuk kita thrive dan strive dalam menjalani hidup sebagai seorang manusia dan muslim yang matang, bertanggungjawab dan jelas tujuan hidupnya.

allahualam.

Kommentare