Jauh perjalanan, luas pemandangan #1

Travel atau dalam bahasa melayu yang bermaksud berpergian merupakan lumrah yang pasti bagi saya sekeluarga.

Iyalah manakan tidak, dibumi jerman yang tidak ramai didiami oleh orang malaysia menyebabkan kami akan banyak berpergian ketika hendak berjumpa dengan warga malaysia yang lain. Tambahan, kami pula tinggal di ceruk kampung yang bernama Vilsbiburg menyebabkan lebih kerap lagilah kami akan travel hatta untuk membeli barang groceries untuk rumah pon.

Tapi apa yang saya perhatikan dengan travel ini adalah ia akan membantu untuk meningkatkan kematangan dan keluasan pandangan saya. Dengan memerhatikan keadaan oarang sekeliling yang mungkin berbeza dari banyak segi dalam sudut kehidupan, memang banyak mengajarkan kita untuk mentadabburi tantang hal- hal yang terkait dengan diri sendiri.

Sebagai contoh ketika travel saya terjumpa pelbagai jenis ragam ibu dan bapa yang menyebabkan saya terrefleks tentang perihal diri sendiri sebagai seorang ibu. Ketika seorang ibu dan bapa itu memarahi anaknya di dalam train kerana kepenatan mereka travel dengan dua anak kecil, saya terfikir bagaimana teaksi diri sendiri selama ini terhadap anak sendiri pada haritu itu atau sebelum ini. Dan ini membuka mata saya kerana kadang2 dalam kehidupan seharian yang penuh dengan warna warni..dengan ragam anak2..jika tiada refleksi sebegini, kita berkemungkinan takkan terfikir pun tentangnya. Itu mungkin satu sisi. Banyak lagi sisi yang lain dalam kehidupan ini jika kita banyak berpergian ni. 

Malahan bersyukur saya dari satu segi kerana dengan travel ni juga saya dapat melihat kepelbagaian ciptaan Allah di muka bumi yang berlainan. Sebagai contoh, saya pernah tinggal di tiga region yang berbeza dimuka bumi jerman ini iaitu lower saxony, baden- württemberg dan juga bavaria, keindahan setiap satu tempat ini sangatlah berbeza.. lower saxony lebih rata muka buminya dan banyak padang2 pokok gandum, manakala baden württemberg terkenal dengan black forestnya dan bavaria penuh dengan bukit bukau yang tinggi berbandong di dua region yang saya sebutkan tadi.

Setiap satu keindahan itu menyebabkan kita akan sentiasa berasa kagum akan berkumam dibibir kita subhanAllah dan masyaAllah. Wahh..sungguh bahagia perasaan itu. Ketika melihat langit berbeza warnanya ketika matahari terbenam antara pengalaman yang merupakan favourite saya. Setiap kali berlakunya kejadian langit bertukar warna ini, saya dan suami akan sentiasa memperingatkan anak-anak kami untuk mengucap masyaAllah dan subhanAllah juga.

Insyaallah saya akan tulis lagi selepas ini, sekarang perlu menyambung urusan dirumah sebentar

To be continuedd..

Kommentare