Perkara Besar datang selepas diligent dengan perkara kecil.
Bak kata orang2 dahulu, bersusah susah dahuku, bersenang senang kemudian.
Takkan semua kejayaan tu datang bergolek tanpa usaha. Sebesar atau sekecil mana lapangan kita, kita perlu usaha untuk dapatkannya..
Terkadang bila sebut usaha, ada yang terpinga pinga untuk berbuat apa. Itulah datangnya planning kehidupan. Kena ada 'action' plan dan review tentang usaha kita, baru kita tahu apa yang perlu diperbaiki atau ditambah atau dikurangkan.
Contohnya kita nakkan kehidupan lebih bermakna, maka kita listkan action plannya dan setelah beberapa ketika kita review..mungkin dalam 3 bulan sekali.Setelah review kita lihat adakah perlu ditambahkan usaha? Jika tidak perlu, bagaimana nak mencambahkan..jika tidak..macam mana nak improvekan pula. Baru kehidupan kita bermakna dan bergerak kehadapan.
Malahan saya sendiri, impiannya adalah untuk serve masyarakat dan menjadi contoh teladan baik kepada orang keliling dan segenap lingkupnya melalui apa2 sahaja ruang yg ada. Seronok saya melihat tenaga2 positif yang diserap oleh orang lain yang menjadi aspirasi buat mereka. I love making people happy dan happy about themselves.
Melihatkan orang terinspirasi dan tersenyum dalam kehidupan mereka , buatkan hati saya berbunga bunga. Bahagia sangat! Perasan ni sukar saya nak gambarkan mengenainya melainkan jika anda pernah merasainya.
Precious!
Malahan menyelesaikan masalah- masalah yang infamous juga adalah satu nikmat bg saya . Malahan pada saya ianya adalah satu bibit - bibit kepada kejayaan saya membentuk manusia yang lebih baik. Mengupas dan mengolah cerita kehidupan ni untuk mereka hadapi dengan lebih baik adalah harta karun yang sangat berharga buat saya.
Jadinya bersusah susah dahulu atau berpenat penat dalam usaha kita mencapai tujuan yang lebih besar mesti perku disertai dengan planning dari sekevil kecil benda sehinggalah sebesar besar perkara.
Usaha2 kecil jangan diremehkan sebab dia akan contribute kepada hasil hasil besar.
Jangan terlampau fokus besar sampai tak berbuat perkara- perkara kecil yang menjadi asbaba kepada kejayaan itu. Takkan dapat laun yg sedap kalau kita duduk dikerusi menyebut nyebut tentangnya tanpa berusaha untuk memotong bahannya dan akhir memasak makanan tersebut.
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Kommentare
Kommentar veröffentlichen