Meraikan kejayaaan - kejayaan kecil


Kredit :https://en.99designs.de/poster-design/contests/design-variation-iceberg-success-poster-826980

Setiap kali bercerita kejayaan kehidupan ramai yang selalu melihatkan perbandingan dengan orang yang selalunya dikategorkan berjaya, iaitu seorang yang berkarier tinggi, punya banyak wang dan harta. Pandangan saya juga sebelum ini begitu. 

Tapi silap telahan begitu. Kalau menurut sirah² para sahabat dan nabi, mereka itu tidak semestinya kaya dan berkarier dalam kehidupan mereka, akan tetapi ada satu perkara yang common dikalangan mereka iaitu mereka kaya dengan ilmu dan iman. Hatta, mereka sangat menitik beratkan malan² atau perkara yang tak nampak secara fizikalnya jelas di depan mata sepeerti tahajud , sedekah, etc², sebagai satu ruang kejayaaan ² pada diri mereka seperti Abu Sufyan setelah islamnya beliau

Jadi apa kaitannya dengan kejayaan kita didunia ini dengan kisah ² itu? Sudah tentu ada kaitannya.
Sahabat sangat meraikan kejayaan - kejayaan mereka dalam keimanan, malah akan semakin diligent membuat sesuatu perkara yang mencambahkan usaha untuk mendekatkan diri pada tuhannya. Semuanya dianggap ibadah, hatta untuk memasak buat orang lain yang sedang memerlukan pon merupakan amalan mereka sebagai contoh yang dilakukan oleh Saidina Umar Al Khattab yang memasakkan makanan buat seorang wanita dan anaknya yang sedang kelaparan dipinggir madinah. 

Jadi di zaman ini pon, setiap satu daripada kita perlu melihat perkembangan diri secara individual. Kita perlu melihat secara positif perkara² yang kita buat dalam kehidupan ini sebagai satu kejayaan yang semakin mendekatkan diri dengan tuhan yang maha esa. Jika tidak, maka kena ada change of plans. Hakikat pibadah itu adalah seluruh kehidupan kiat ini. Makan adalah satu ibadah, bekerja adalah satu ibadahmendidik anak satu ibadah, membaca buku satu ibadah, menam pokok pon adalah satu ibadah. jika kita laksanakannyadengan niat mahu Allah redha , selagi tidak menyalahi sayarak semua itu adalah satu ibadah.

Bergembiralah ketika setiap kali kita mampu membuka mata dan berbuat apa yang kita buat. Titipkan dalam jiwa bahawa ruang ini adalah ibadah yang Allah dah berikan pada aku, maka aku perlu lakukannya dengan sebaiknya dengan bersungguh dan semampu yang kita boleh. Setiap hari kita cari masa untuk improve plan dan sesudahnya diri kita. Cari masa untuk diri dan muhasabah apa yang dilakukan harini dan bagaimana membaiknya pada besok hari. 

Sebab selangi nyawa dikandung badan, niat kita untuk mencapai redha Allah tidak seharusnya diputuskan.


Kommentare