Kehilangan adalah suatu pengajaran
Innalillhi wa inna ilaihi rajiun.
Semalam saya dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan dan kakak yang sudah lama tidak bersua muka tapi sentiasa berhubung di sosial media kerana sangat yang jauh untuk kami bersua.
Antara UK dan jerman, sahabat ini tidak asing kerana beliau antara batu bata yang memetakan gerakan kerja dakwah dan tarbiah sejak awalan tahun 2008.
Pemergiannya sangat dirasai lantaran cepatnya berlalunya masa antara beliau sakit dan pemergiannya.
Sangat menginsafkan dan terkesan kerana sekali lagi di tazkirahkan bagaimana Allah memegang nyawa setiap manusia. Kehilangannya menyebabkan ramai yang tertadabbur tentang kebaikkannya.
Kehilangannya ramai yang terkesan kerana sifat positifnya dalam kehidupan.
Dan itu membuatkan saya pula tertadabbur bahawa hidup ini singkat dan waktu pemergian itu kita tidak tahu bila.
Tapi apa yang saya pelajari daripada sahabat seorang ini, teruskanlah positif dalam kehidupan. Buat sebaik mungkin dalam lapangan kita untuk kita menjadi manusia yang lebih baik dan juga muslin yang lebih baik. Bukan kita nak sangat dikenangi kebaikkan..tapi kita nak dapatkan redha Allah dalam kehidupan ini.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen