Rugi kalau asyik bandingkan diri dengan orang lain
Zaman sekarang ni, terlampau banyak sangat 'trophy' yang hendak kita rebut. Dunia dalam instagram contohnya membuatkan kita ingin sentiasa mencapai kejayaan seperti orang lain. Malahan jika kita mencapai sesuatu semuanya hendak kita ceritakan.
Pada saya untuk mempamerkan apa2 sahaja di dalam sosial media adalah tidak salah jika ianya dapat menginspirasikan orang lain. Namun yang salahnya adalah pada sikap kita yang sentiasakan ingin bandingkan ' kejayaan hidup' masing2.
Sikap membandingkan diri dengan kejayaan orang lain ini boleh membunuh keyakinan diri kita secara literalnya. Kita akan sentiasa tidak cukup, tidak mampu tidak sehebat orang lain.
Sedangkan apa yang kita patut buat adalah sentiasa melihat perkembangan diri kita sendiri. Kejayaan Orang lain boleh dijadikan inspirasi dan bukannya bandingan pada kejayaan kita malahan potensi kita.
Sempena tahun baru ini, saya rasa kita patut berazam untuk mengurangkan bandingan kita dengan diri orang lain akan tetali bandingkan kejayaan diri sendiri dahulu supaya kita akannsentiasa dalam mood motivasi untuk memperbaiki diri sendiri
Kommentare
Kommentar veröffentlichen