Mencari apa yang kita perlu bukan yang kita hendak sahaja.
Umar masih lagi cirit birit.Jadinya untuk makan pagi harini kenalah ajak dia makan bubur ayam. Ligat kepala saya mencari ruang ruang untuk nak motivate umar ni sebab dia jadi agak picky dengan makanan sejak tak sehat ni.
Jadi saya sediakan bubur ayam dan beritahu pada dia, semalam sewaktu dinner, dia dh buat satu perkara yang sangat baik iaitu makan. Dan makan itu PERLU untuk dia. Mulanya dia merengek dan selepas 10 minit, saya lihat dia tekun sekali untuk makan makanan yang diberikan walaupun dia tidak makan semuanya tapi dia tetap dah menjalankan mission itu..iaitu keperluan untuk makan.
Terus saya terrefleks pada kehidupan kita sendiri. Kita memang perlu mencari apa yang kita perlu, bukan kemahuan sahaja. Adanya disebabkan keperluan ada perkara yang kita mahu dalam hidup ini perlu kita nilaikan untuk tidak lakukan kerana ia bukan satu keperluan. Apatah lagi jika ada keperluan mendesak untuk kita adakan dalam kehidupan kita.
So macam mana nak tahu apa yang kita perlukan itu? Macam mana nak menilainya.
Disinilah datangnya fungsi akal yang Allah berikan. Tapi tak cukup sekadar lojik akal sahaja. Kita perlu guidance ilmu dan didikan yang sepatutnya. Iaitu Ia bermula dengan kita perlu tahu apa keperluan hidup kita. Apa tujuan hidup kita sebenarnya. Dalam al quran ada dinyatakan tentang keperluan untuk kita memahami peranan kita sebagai abid dan khalifah. Selepas daripada itu, kita kena cari action plan yang bersesuaian dengan peranan tu. Ada yang kena dengan nafsu, ada yang tidak. Jadi akal diberikan Allah untuk menilai secara objektif dan tidak dilupakan juga doa yang tidak henti kepada Allah untuk memberikan kita ilham dalam memetakan segala tindakan.
Tapi jangan malas untuk berfikir. Jika malas maka kita tak gunakan sebaiknya supercomputer iaitu otak yang Allah dh berikan kepada kita.Sangat sayang dan rugi. Malahan jika tak berfikir akan lebih mudah kita akan lakukan sesuatu tindakan yang bukan keperluan dalam kehidupan kita.
Bukan maksud saya kita tak boleh lakukan perkara yang kita mahukan dalam hidup..akan tetapi ia perlukan kawalan akal dan ilmu didada.
maka, kena sentiasa revise keperluan hidup kita dari masa ke masa.
allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen